Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
12 September 2025 – Projek Rintis Komuniti Tertumpu di Kampung Kubang Badak
Kuala Nerus, 12 September – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melancarkan Projek Rintis Komuniti Tertumpu di Kampung Kubang Badak bagi memperkasakan komuniti melalui ilmu, keusahawanan dan kelestarian. Projek yang dilaksanakan sejak tahun 2024 ini bernilai lebih RM100,000 melibatkan pelbagai sumber dana seperti SULAM, KTAGS, Sejati Madani@KPT dan Komuniti@UniMADANI. Majlis Peluncuran Projek Rintis Komuniti Tertumpu UMT – Kg. Kubang Badak dirasmikan oleh Naib Canselor UMT dan turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) serta rakan strategik UMT iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Jabatan Pertanian dan Pejabat Perikanan.
#KebersamaanUMT
#KebersamaanUMT
#UandMeTogether
#MalaysiaMadani



