12 September 2025| Projek tertumpu rintis di Kampung Kubang Badak Kuala Nerus

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera 12 September 2025 – Projek Rintis Komuniti Tertumpu di Kampung Kubang BadakKuala Nerus, 12 September – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melancarkan Projek Rintis Komuniti Tertumpu di Kampung Kubang Badak bagi memperkasakan komuniti melalui ilmu, keusahawanan dan kelestarian. Projek yang dilaksanakan sejak tahun 2024 ini bernilai lebih RM100,000 melibatkan pelbagai sumber dana […]
UMT anjur Industry & Career Expo 2024

Pada 10 Oktober 2024, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) telah menganjurkan Program Industry & Career Expo 2024 (ICE2024) dengan tema “Building Tomorrow’s Talent through Smart University-Industry Partnership”. Antara aktiviti rakan industri sempena program ini adalah pelantikan Malim Industri UMT, forum, syarahan jemputan, syarahan kerjaya, career coaching, perkongsian […]
SESI PEMANTAUAN PROJEK SILENT ENTREPRENEUR: ROSELLE CULTIVATION AND PRODUCT

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 4 Oktober 2024 – Aktiviti Royong Pembersihan Siri VI bagi penanaman musim baharu variati rosel UMKL-1 bertempat di Pusat Komunikasi OKU Pekak, Batu Buruk. Seramai 8 orang peserta OKU Pekak dan 2 pelajar turut hadir. Projek diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zaliha Wan Sembok dan penyelidik bersama, Dr. Yusnita Hamzah […]
PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UNIVERSITI AWAM (KOMUNITI@UNIMADANI) KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) BAGI PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM

BENGKEL SIRI 1 – PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UNIVERSITI AWAM (KOMUNITI@UNIMADANI) KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) BAGI PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM KUALA NERUS, ISNIN, 23 September 2024 – Bengkel Siri 1 Program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMadani) Kementerian Kewangan (MOF) bagi PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2024 bertempat di Surau At-Taqwa. Komuniti terpilih […]
Pemerkasaan produk pelancongan rancakkan ekonomi setempat di Pulau Redang

PULAU Redang adalah destinasi pelancongan marin popular dengan pantai yang indah, air jernih dan ekosistem dasar laut menarik. Keunikan itu mendapat perhatian pengunjung tempatan dan luar negara yang inginkan ketenangan dan sukakan dunia pengembaraan. Bagi menggalakkan limpahan ekonomi industri pelancongan yang ada di Pulau Redang kepada komuniti setempat khususnya penduduk Kampung Baru, Pulau Redang, sekumpulan […]
LAWATAN YBHG. DATO’ HJ. CHE ROSLAN BIN CHE DAUD, KETUA PENGARAH, JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL KE KRT KG. TELAGA BATIN, KUALA NERUS, TERENGGANU

KRT Kg. Telaga Batin telah bekerjasama dengan UMT menerusi Projek Inovasi Akuaponik melibatkan penternakan ikan tilapia, udang lobster air tawar (LAT) dan sayur-sayuran. Keunikan projek ini adalah penghasilan produk ikan pekasam, udang LAT dan sayuran yang berpotensi untuk dikomersialkan dan seterusnya membantu menambah pendapatan warga KRT Kg. Telaga Batin.
Sesi perkongsian kepimpinan dan pengalaman CEO@Faculty UMT

Sesi perkongsian kepimpinan dan pengalaman CEO@Faculty UMT, Dato’ Ir. Hj. Ahmad Muurad bin Omar bersama Majlis Perwakilan Pelajar UMT, J/kuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) dan J/kuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK), UMT.. Jutaan Terima kasih atas kerjasama pihak Pejabat Timbalan Naib Canselor – HEPA UMT dan Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa UMT
Mesyuarat kolaborasi Projek Ketam Nipah Di Canselori bersama pihak UMT (Prof G), dan pihak koperasi (KITAB) pada 2 Februari 2023.
PROGRAM LAWATAN KERJA KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DAN SABAH PORT SDN. BHD. PUSAT PEMINDAHAN ILMU DAN JARINGAN INDUSTRI

Program ini telah diadakan pada 13-17 Disember 2022 dengan disertai oleh 13 orang staf PPIJI dengan diketuai oleh YBrs. Dr. Zuha Rosufila binti Abu Hasan, Pengarah PPIJI. LAWATAN KE UMS Kunjungan hormat ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah disambut oleh YBhg. Profesor Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan […]
Projek Ternakan Ketam Nipah oleh Komuniti Di Mukim Kuala Kerteh, Kemaman, Terengganu

Kepakaran UMT dalam penghasilan pembenihan dan pembiakan Ketam Nipah telah berjaya menarik perhatian MOF dengan menyalurkan dana sejumlah RM 330,000.00 bagi membantu nelayan persisir pantai dalam pembiakan dan penternakan Ketam Nipah seusai dengan peningkatan permintaan (increasing demand) serta faktor harga yang meningkat tinggi. Hasil pemantauan dan penelitian penyelidik UMT, komunti nelayan persisir pantai di Mukim […]