Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

28 Januari 2026 | BENGKEL PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENTERNAKAN KELULUT

KUALA NERUS, TERENGGANU, 28 Januari 2026 – Pusat Pemindahan Ilmu dan Masyarakat (PPIM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Penternakan Kelulut sempena Lawatan Penanda Aras daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua universiti dalam bidang kelestarian pertanian dan pemindahan ilmu komuniti. Melalui lawatan ini, delegasi UUM berpeluang mendalami kepakaran UMT dalam teknologi penternakan kelulut moden, teknik tuaian madu yang mampan, serta pengurusan koloni yang sistematik.

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit