Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

25 November 2025 – Pertandingan Projek Inovasi Sulam Kali Ke-3

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera|

Sesi pitching untuk Pertandingan Inovasi SULAM kali ke-3 telah diadakan di Bangunan Akademik, UniSZA. Seramai 20 peserta akhir dari 14 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia membentangkan projek inovasi mereka, menunjukkan idea kreatif dan berimpak tinggi dalam bidang Sains & Teknologi dan Sains Sosial.

Pertandingan ini dianjurkan Bahagian Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM). Sesi pitching diadili oleh 12 hakim terdiri daripada Jawatankuasa Strategik KPT SULAM, ahli akademik, industri dan wakil masyarakat, bagi menilai penilaian keseluruhan daripada pelbagai perspektif. Pertandingan itu bertujuan menggalakkan inovasi pelajar melalui pendekatan Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM) serta mengukuhkan kemahiran insaniah dan pengalaman praktikal pelajar.

Sebanyak 299 penyertaan telah diterima dan melalui tiga peringkat saringan. Hanya 20 projek terbaik berjaya ke sesi pitching dan diumumkan pada Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Ke-3 mengenai SULAM 2025 dan SULAM Innovate.

#UMTsohor

#WargaUMTCemerlang

#KebersamaanUMT

#MalaysiaMadani

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit