Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melancarkan Sekolah Angkat MADANI (SAM) sebagai agensi pelaksana di SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMT.
Program ini menyokong agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dengan mengeratkan hubungan antara kementerian, agensi, universiti dan sekolah melalui pendidikan berimpak tinggi.
UMT menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan berjaya mencapai 100% pelaksanaan lima komponen utama: peningkatan akademik dan motivasi pelajar, latihan perguruan, kemudahan pendidikan khas, penyelenggaraan kemudahan dan keseronokan sekolah.
Inisiatif itu turut disokong melalui SULAM dan KTAGS termasuk sumbangan kemudahan dan aset terpakai daripada UMT. Jumlah manfaat melebihi RM100,000, mencerminkan komitmen UMT terhadap agenda “Universiti untuk Komuniti” dan semangat Kebersamaan UMT.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr Mohd Zamri bin Ibrahim bersama Pengurusan Tertinggi UMT, PPPNT, JPNT, PPD Kuala Terengganu, Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, dan warga SMK Seri Nilam.


