Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

16 November 2025| Lawatan Tapak Meninjau Perkembangan Projek Kampung Madani UMT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera|

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi meninjau projek di bawah inisiatif MADANI Village di Kampung Menerong, Ajil. Lawatan ini diketuai oleh Naib Canselor UMT bersama-sama pihak pentadbiran universiti dan pemimpin masyarakat setempat.

Delegasi melawat beberapa lokasi projek utama, antaranya CBT Lubuk Bayas, balai raya, dan Masjid Kampung Menerong. Serentak dengan itu, Program Sukarelawan HEPA MADANI dilaksanakan di CBT Bukit Bayas bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam pemerkasaan masyarakat, selain aktiviti penanaman pokok buah-buahan di sekitar masjid bersama rombongan pelawat.

Program diakhiri dengan lawatan ke Galeri Kelulut Menerong yang mengetengahkan Projek Ternakan Kelulut ke arah Agropelancongan yang diselaraskan oleh En. Alwi kepada dengan bimbingan UMT.

Keseluruhan sesi lawatan berjalan lancar, dengan harapan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dapat disiapkan dengan sebaik mungkin demi pembangunan masyarakat setempat.

#UMTsohor

#WargaUMTCemerlang

#KebersamaanUMT

#MalaysiaMadani

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit