Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

11 April 2026| Majlis Pelepasan Udang Galah Sungai Gembut

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kota Tinggi, 11 April 2026 – Sebanyak 200,000 anak benih udang telah dilepaskan ke Sungai Gembut dalam satu majlis yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai usaha untuk memperkukuh pemuliharaan biodiversiti akuatik dan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

Induk udang yang diperoleh dari Sungai Gembut sebelum ini telah melalui proses pembiakan di pusat penetasan AKUATROP dan dilepaskan secara berperingkat bagi memastikan kemandirian spesies di habitat semula jadinya.

Majlis tersebut turut menyerlahkan penglibatan pelajar melalui Skuad Lasykar Alam@UMT serta pameran inovasi berasaskan pemindahan ilmu oleh penyelidik UMT. Inisiatif ini dilihat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pengurusan sumber yang mampan, serta berpotensi mempromosikan Sungai Gembut sebagai destinasi ekopelancongan dan pendidikan alam sekitar.

Bagi memastikan kemampanan projek ini, UMT merancang untuk mewujudkan tapak kajian lapangan di Kota Tinggi bagi memperkukuh aktiviti penyelidikan dan pemindahan ilmu kepada masyarakat, selaras dengan agenda ekonomi biru negara dan aspirasi pembangunan lestari.

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pejabat Pusat Khidmat Awam Parlimen Kota Tinggi, Jabatan Perikanan Negeri Johor dan komuniti setempat dan diselaraskan oleh Pusat Pemindahan Ilmu, Penglibatan Industri dan Komuniti (PPIJIM) bersama Institut Akuakultur dan Perikanan Tropika (AKUATROP), Pejabat Pembangunan Korporat dan Pelajar dan Alumni (HEPA) (PPH).

#UMTsohor

#WargaUMTCemerlang

#KebersamaanUMT

#MalaysiaMadani

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit