Assalammualaikum dan Salam Sejahtera|
Malaysia14 Oktober 2025, (Selasa) – Assalammualaikum dan Salam Sejahtera| Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengadakan lawatan pemantauan ke Projek Polikultur Akuaponik Marin yang terletak di Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.
Akuaponik Marin yang terletak di Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu. Projek inovatif ini dibangunkan oleh penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan menggabungkan sistem ternakan udang marin dengan penanaman rumpai laut dalam pendekatan polikultur bersepadu. Usaha ini merupakan salah satu inisiatif pemerkasaan komuniti untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan ekonomi kumpulan sasar khususnya golongan cacat penglihatan dalam Kategori B2 dan B3.
Melalui pendekatan penuaian serentak, projek ini mampu menghasilkan hasil berganda daripada dua komoditi utama, sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Projek ini diketuai oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Ts. Dr Wan Adibah Wan Mahari dari Institut Akuakultur dan Perikanan Tropika (AKUATROP), UMT.
#KebersamaanUMT
#MalaysiaMadani
#Komuniti@UniMADANI


