Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

21 Mei 2026 | Lawatan dan Perbincangan Kerjasama daripada SGS (M) Sdn. Bhd. dengan UMT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

21 Mei 2026 | UMT telah menerima kunjungan daripada SGS (M) Sdn. Bhd. untuk membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak. untuk membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.

SGS mempunyai kepakaran seperti pengujian, pemeriksaan, pensijilan, latihan & perundingan dalam bidang seperti Keselamatan Siber, Makanan, Pertanian, Pengangkutan dan sektor berkaitan.

Antara cadangan kerjasama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan sesi perkongsian kepakaran untuk fakulti berkaitan, kerjasama dalam ujian makmal & aktiviti teknikal, sokongan SGS untuk program pembangunan pelajar melalui sumbangan & bantuan kewangan serta penglibatan dalam program pra-acara URIIS pada 10 Jun 2026.

UMT dan SGS juga bersetuju untuk memulakan kerjasama melalui Surat Hasrat (LOI) sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Sesi tersebut juga diteruskan dengan lawatan ke CEFORE & kunjungan hormat di Pej. Pro NC (Rangkaian Industri & Komuniti)

#UMTsohor

#WargaUMTCemerlang

#KebersamaanUMT

#MalaysiaMadani

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit