Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
22 Mei 2026 | Satu sesi mesyuarat dan perbincangan kerjasama telah diadakan di Uzma Group bagi membincangkan pelaksanaan program bersama CEO@Faculty. Ketua Pegawai Eksekutif Uzma Group, Datuk Kamarul Redzuan Muhamed merupakan salah seorang ahli CEO@Faculty UMT bagi sesi 2025/2026.
Perbincangan beliau turut memfokuskan kepada potensi untuk mengukuhkan kerjasama antara UMT dan Kumpulan Uzma melalui pelaksanaan inisiatif bersama termasuk penganjuran program perkongsian ilmu dan kepakaran industri, aktiviti UCSR, serta potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan.
Semoga perbincangan ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

